Showing posts with label Tips | Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tips | Tutorial. Show all posts

Free SMS ke Seluruh Dunia

AsSalam & Salam Sejahtera...

Alhamdulillah kali ini dapat lagi saya update blog dengan artikel tips setelah sekian bulan berehat dari aktiviti blogging tips ^_^ Biasalah, sibuk dengan komitmen yang penuh digalas bahu sampai kaki ^_^

Pertama sekali Terima Kasih kerana sudi singgah melawat dan membaca blog / post kali ini. Seperi tajuk post di atas, kali ini saya akan kongsi dengan pembaca semua terutama mereka yang belum tahu (kalau dah tahu tu, sebarkanlah pada rakan yang lain, tak pun duduk diam sudah, jangan nak kondem post orang pulak hahahaha).

Post kali ini adalah tentang menghantar Text SMS PERCUMA ke seluruh DUNIA dengan capaian internet dan sangat mudah. Perkara seperti ini sebenarnya dah LAMA dan ramai yang sudah TAHU, tapi biasalah masih ramai juga yang perlukan servis seperti ini sekarang, dan kebetulan ada kelapangan untuk dikongsi bersama ^_^

Web ini amat sesuai mereka yang malas membelek-belek Menu dalam Handphone, orang bercinta suami isteri (kekasih takut jadi Haram hahaha), dan juga mereka yang cenderung menggunakan komputer dan internet, hanya dengan membuka website seperti gambar di bawah :

Untuk menghantar Free SMS tanpa had & di mana saja ke mana saja, anda boleh melawat ke laman sesawang ini (tiada virus, keylogger, phishing, dan sebagainya, jangan risau hehehe dijamin selamat, juga tiada iklan dalam sms yang dihantar) :



Selamat BerSMS ^_^
***Kalau ada masa boleh follow blog saya sebagai tanda sokongan anda, TQvm***

p1

PHOTOSHOP CREATIVE MAGAZINES ISSUE 13 - 18 (FREE)

Photoshop Creative Magazines Issue 13~18 (FREE)
***Sila Follow blog ini sebagai tanda sokongan anda kepada saya.. Sekejap je ^_^

Kepada sesiapa yang belum memiliki serta berminat mengumpul dan membaca majalah Photoshop dalam format PDF, anda boleh download secara percuma di sini untuk isu 13~18. Sebanyak 12 isu juga telah di-upload-kan di sini iaitu Set 1 (isu 1-6) [Download] dan Set (isu 7-12) [Download]. Bahan bacaan begini mungkin dapat menjana idea kreatif anda untuk menghasilkan karya melalui Photoshop mahupun menambah pengetahuan sedia ada anda tentang Photoshop.

Medium bahasa yang digunakan dalam majalah ini adalah Bahasa Inggeris. Jika sesiapa tidak dapat memahaminya, boleh semak kamus anda & jika masih tidak dapat memahami juga, cukuplah dengan memerhati gambar sahaja.. Hehehehe...

[ 4share ~ 80mb ]
***Sila Follow blog ini sebagai tanda sokongan anda kepada saya.. Sekejap je ^_^

p1

Nikon CLS Free Figure #2

Nikon CLS Free Figure #1 : DOWNLOAD di sini (Set 1 - 3)

Nikon CLS Free Figure #2 (Set 4 - 6) :
Kepada sesiapa yang belum ada atau mempunyai Free Nikon's CLS Figure (Creative Lighting Systems) iaitu rajah lighting untuk Nikon, anda boleh klik Rajah dan "save as" rajah-rajah yang saya kongsikan di sini. Semua adalah Free dan sumbernya adalah dari Google juga.


Berilah sokongan anda pada blog saya ini dengan klik Follow blog saya. Terima Kasih ^_^

SET 4 :


SET 5 :



SET 6 :

p1

Nikon CLS Free Figure

Kepada sesiapa yang belum ada atau mempunyai Free Nikon's CLS Figure (Creative Lighting Systems) iaitu rajah lighting untuk Nikon, anda boleh klik Rajah dan "save as" rajah-rajah yang saya kongsikan di sini. Semua adalah Free dan sumbernya adalah dari Google juga.

Di sini saya uploadkan 3 Figure sebagai permulaan dan bakinya adalah pada entry / post yang akan datang. Anda boleh download atau "save as" dengan mudah dan percuma. Dan anda boleh menjalankan eksperimen di studio DIY (do it yourself) anda sendiri untuk meneliti hasilnya.

Berilah sokongan anda pada blog saya ini dengan klik Follow blog saya. Terima Kasih ^_^

No.1 :




No.2 :




No.3 :


p1

Windows 8 ~ Beta

Windows 8 Free Download

Windows 8 is the codename for the upcoming version of Microsoft Windows that follows, it is a bold shift from Windows 7 and represents Microsoft’s new direction. but now Windows 8 is under development, We don’t know when the windows 8 will be released, but we can experience the Windows 8 beta version, to feel and outlook the next-generation Microsoft Windows System:Windows 8, Here we will share the lastest Windows 8 download, you can downlaod it free:.

 The Latest Windows 8 Release Preview download: (May 31)

 English:

 32 bit: http://go.microsoft.com/​fwlink/?LinkId=251533
 Sha1: 0xD76AD96773615E8C504F63564AF7​49469CFCCD57

 64 bit: http://go.microsoft.com/​fwlink/?LinkId=251532
 Sha1: 0x8BED436F0959E7120A44BF7C29FF​0AA962BDEFC9


 Product Key:
 TK8TP-9JN6P-7X7WW-RFFTV-B7QPF

p1

DiY DryBox

Kali ini saya paparkan DIY ( Do It Yourself) DRYBOX untuk peralatan kamera DSLR anda terutama Lens agar dia bebas dari Fungus, parasit tegar bagi lens ^_^

Modal semua DIY DryBox saya adalah lebih kurang RM150 sahaja. DiY DryBox ini sekali cas dapat bertahan selama 6 hari hingga 10 hari (OK lah tu dalam kategori DiY, kalau beli mahal).

Bahan yang diperlukan adalah:


( Silica Gels )
( Digital Thermo )
  1. Electronic Moisture Absorber (Silica Gel) 
  2. Digital Thermo-Hygrometer / Hydrometer
  3. Tupperware / Container yang Transparent Kedap Udara
Tujuan / objektifnya adalah :
  1. Electronic Moisture Absorber (Silica Gel) : untuk menyerap partikel air / kelembapan dalam bekas (container) termasuk juga kelembapan lens. Ini kerana Fungus sangat berminat pada persekitaran yang lembap.
  2. Digital Thermo-Hygrometer / Hydrometer : untuk mengesan dan memaparkan peratus jumlah kandungan air dalam udara (Humadity) serta tahap suhu persekitaran yang sesuai (Temperature).
  3. Tupperware / Container yang Transparent Kedap Udara : memastikan kelembapan & kestabilan Humidity serta tahap kemasukan cahaya.
Tips / Kegunaan :
  1. Cas terlebih dahulu Silica Gel anda (warna Pink). Lebih kurang 1 jam, silica gel anda akan berubah warna kepada warna Biru. Ini menunjukkan ia siap sedia untuk digunakan. Kemudian masukkan ia ke dalam Container / Tupper yang Transparent tadi, dan tutup. Silica Gel ini sangat praktikal berbanding penggunaan ThirstyHyppo pakai buang.
  2. Seterusnya masukkan peralatan DLSR dan Lens anda ke dalam Container tadi bersama dengan Digital Thermo itu tadi, kemudian tutup. Pastikan ditutup dengan kemas.
  3. Container tadi hendaklah transparent (lutsinar) kerana untuk membenarkan cahaya sekeliling masuk ke dalam Container tadi untuk menyakaktifkan Fungus. Ini disebabkan Fungus sangat aktif di tempat yang gelap.
  4. Pastikan juga bacaan Humidity sentiasa 40% - 50% kerana ini adalah bacaan Humidity yang ideal.

Anda boleh dapatkan bahan-bahan berikut di :


3- Container / Tupperware : Kedai Runcit / Hypermart yang berhampiran

Semua yang saya buat di atas adalah hasil pembacaan dari internet dan pengalaman selama hampir 2 tahun saya mencubanya. Setakat ini bersyukur Alhamdulillah belum ada 1 pun peralatan saya dijangkiti Fungus & beberapa pembeli lens saya berpuas hati dengan lens yang dijual kerana 100% FungusFree ^_^

TERIMA KASIH kerana sudi singgah baca dan jengok. Jika tidak keberatan berilah semangat kepada saya untuk terus bekarya dan kemaskini blog dengan cara Follow blog saya. Syukran ^_^

p1

Stabilkan Broadband Anda

Setelah mendapat idea & pembacaan dari rakan-rakan Facebook yang lain, lalu saya pun mencuba seperti yang mereka lakukan dan ternyata dari 1 bar line bertukar kepada Full Bar / 3 bar. Memang terbukti apa yang dilakukan mereka selama ini.

Malahan sebenarnya fungsi piring DiY ini turut menjadikan line / connection menjadi lebih stabil dan surfing lebih lancar kerana ia akan kekal pada rate semasa line anda seperti HSDPA, WMCDA dan sebagainya. Juga turut dibantu dengan setupkan broadband anda pada WMCDA only dan bukan Aut.o. Ini kerana Auto akan melambatkan line internet anda yang disebabkan oleh pertukaran connection sekejap 3G sekejap GPRS dan begitulah seterusnya.
Ini adalah cara saya. Jika anda tidak suka, sila jangan menyibuk ekekekeke. DiY ini sebenarnya berbekal RM2.00 sahaja, iaitu harga steel plate itu ekekeke. Setakat ini saya amat berpuas hati dengan cara ini dan DiY ini menjadi pilihan tetap saya ketika surf internet via Broadband di rumah (malu nak bawa jalan-jalan DiY nih ekekeke).

Terima Kasih sudi singgah lihat dan baca. Kalau tidak keberatan, sila lah follow blog saya agar saya lebih bersemangat berkarya & update blog saya.. Syukran ^_^
~ FN

p1