Kali ini saya paparkan DIY ( Do It Yourself) DRYBOX untuk peralatan kamera DSLR anda terutama Lens agar dia bebas dari Fungus, parasit tegar bagi lens ^_^


Modal semua DIY DryBox saya adalah lebih kurang RM150 sahaja. DiY DryBox ini sekali cas dapat bertahan selama 6 hari hingga 10 hari (OK lah tu dalam kategori DiY, kalau beli mahal).

Bahan yang diperlukan adalah:


( Silica Gels )
( Digital Thermo )
  1. Electronic Moisture Absorber (Silica Gel) 
  2. Digital Thermo-Hygrometer / Hydrometer
  3. Tupperware / Container yang Transparent Kedap Udara
Tujuan / objektifnya adalah :
  1. Electronic Moisture Absorber (Silica Gel) : untuk menyerap partikel air / kelembapan dalam bekas (container) termasuk juga kelembapan lens. Ini kerana Fungus sangat berminat pada persekitaran yang lembap.
  2. Digital Thermo-Hygrometer / Hydrometer : untuk mengesan dan memaparkan peratus jumlah kandungan air dalam udara (Humadity) serta tahap suhu persekitaran yang sesuai (Temperature).
  3. Tupperware / Container yang Transparent Kedap Udara : memastikan kelembapan & kestabilan Humidity serta tahap kemasukan cahaya.
Tips / Kegunaan :
  1. Cas terlebih dahulu Silica Gel anda (warna Pink). Lebih kurang 1 jam, silica gel anda akan berubah warna kepada warna Biru. Ini menunjukkan ia siap sedia untuk digunakan. Kemudian masukkan ia ke dalam Container / Tupper yang Transparent tadi, dan tutup. Silica Gel ini sangat praktikal berbanding penggunaan ThirstyHyppo pakai buang.
  2. Seterusnya masukkan peralatan DLSR dan Lens anda ke dalam Container tadi bersama dengan Digital Thermo itu tadi, kemudian tutup. Pastikan ditutup dengan kemas.
  3. Container tadi hendaklah transparent (lutsinar) kerana untuk membenarkan cahaya sekeliling masuk ke dalam Container tadi untuk menyakaktifkan Fungus. Ini disebabkan Fungus sangat aktif di tempat yang gelap.
  4. Pastikan juga bacaan Humidity sentiasa 40% - 50% kerana ini adalah bacaan Humidity yang ideal.

Anda boleh dapatkan bahan-bahan berikut di :


3- Container / Tupperware : Kedai Runcit / Hypermart yang berhampiran

Semua yang saya buat di atas adalah hasil pembacaan dari internet dan pengalaman selama hampir 2 tahun saya mencubanya. Setakat ini bersyukur Alhamdulillah belum ada 1 pun peralatan saya dijangkiti Fungus & beberapa pembeli lens saya berpuas hati dengan lens yang dijual kerana 100% FungusFree ^_^

TERIMA KASIH kerana sudi singgah baca dan jengok. Jika tidak keberatan berilah semangat kepada saya untuk terus bekarya dan kemaskini blog dengan cara Follow blog saya. Syukran ^_^